Wednesday, February 4, 2009

PKSM 1

Ujian PKSM 1 telah dijalankan pada 21/1-22/2/2009 yang lalu bagi semua tingkatan.Markah ujian bagi tingkatan 1 dan 4 akan dijadikan TOV. Kerjasama guru-guru amatlah diharapkan untuk melengkapkan TOV dan ETR bagi penyediaan headcount 2009.

Unit Peperiksaan dan Penilaian SMKST mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam ujian kali ini dan teruskan usaha gigih anda, agar kejayaan itu milik anda selamanya. Kepada pelajar yang pencapaiannya kurang memuaskan usahalah dengan lebih gigih agar kejayaan cemerlang akan menjadi milik anda nanti.

Ketekunan, kesabaran dan pengorbanan merupakan jalan-jalan menuju kejayaan dan kecemerlangan. Sesungguhnya tiada jalan pintas dalam mengejar sesuatu impian dan cita-cita.

Dalam mengejar kecemerlangan akademik, jangan lupa pula menghiasi peribadi kita dengan akhlak dan sahsiah yang terpuji agar kejayaan itu lebih bermakna.


Kepada para pendidik yang budiman, kita adalah model dan ikutan para pelajar. Didiklah mereka dengan penuh kesabaran, ketekunan dan keikhlasan agar kita dapat membentuk modal insan yang berkualiti pada masa hadapan. Tunaikanlah amanah yang telah diberikan kepada kita kerana kita dibayar untuknya. Janganlah kita takut kepada kelelahan kerana ia akan beransur pergi bersama tenggelamnya sinar mentari dan akan kembali utuh bersama hadirnya sinar mentari pagi. Insyaallah segala penat jerih yang kita curahkan dengan penuh keikhlasan akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Sekadar renungan

Ikhlas daripada

Nuriah binti Abdul Rahim

Penyelaras Unit Peperiksaan dan Penilaian

SMKST

0 comments:

Penafian

SMK Sungai Tiang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP