Wednesday, February 11, 2009

AUDIT KURIKULUM PMR - Bantu perkasakan PMR sekolah

Satu taklimat mengenai audit kurikulum sekolah telah diadakan oleh Penolong Kanan sekolah En. Bashuri bin Abd. Rahim pada 10 Feb, 2009 di bilik ICT sekolah.
Program yang melibatkan tiga fasa ini diadakan oleh pihak JPN untuk membantu sekolah memperkasakan PMR sekolah supaya mencapai peratus lulus melebihi 50%. Fasa I adalah mulai 26 Feb 2009 yang melibatkan pembentangan plan tindakan sekolah oleh Tuan Pengetua kepada kumpulan pemantau JPN di PKG Tokai. Seterusnya kumpulan ini akan melawat ke sekolah. Fasa II akan berlaku selepas peperiksaan pertengahan tahun pada bulan Julai. Pada Fasa II prestasi pelajar calon PMR di dalam peperiksaan pertengahan tahun akan dibincangkan dan dibandingkan antara unjuran (OTI) dengan pencapaian sebenar (AR). Fasa III pula adalah fasa yang terakhir dan berlaku selepas keputusan PMR sebenar diketahui. " Adakah program ini berjaya atau tidak " ?
Kejayaan bergantung kepada usaha dan kesungguhan semua warga SEMESTI dan sokongan dari ibubapa. Sekiranya kita melakukan dengan keazaman yang kuat dan cara yang betul, insyaallah semoga Allah mengurniakan akan kita kejayaan.

Terima kasih.

0 comments:

Penafian

SMK Sungai Tiang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP