Mesyuarat Buletin Sekolah
maklumat sekolah akan dihantar melalui langit
kata pengetua smkst
maklumat sekolah akan dihantar melalui langit
kata pengetua smkst
9 Feb
RoadRun (Merentas Desa) peringkat daerah Pendang berlangsung di SMK Bukit Jenun.4 peserta telah mewakili SEMESTI dalam pertandingan tersebut.Saingan dari sekolah lain memang hebat.
Pencapaian mereka.
MUHAMMAD AZRI HAFIZ BIN ISHAK (5C) – tempat ke-5
MOHD LUTFI BIN SHARIB (5S2) – tempat ke-8
Olahraga tahunan sekolah bagi tahun ini akan diadakan pada 14 Feb 2009.
Read more...Satu taklimat mengenai audit kurikulum sekolah telah diadakan oleh Penolong Kanan sekolah En. Bashuri bin Abd. Rahim pada 10 Feb, 2009 di bilik ICT sekolah.
Program yang melibatkan tiga fasa ini diadakan oleh pihak JPN untuk membantu sekolah memperkasakan PMR sekolah supaya mencapai peratus lulus melebihi 50%. Fasa I adalah mulai 26 Feb 2009 yang melibatkan pembentangan plan tindakan sekolah oleh Tuan Pengetua kepada kumpulan pemantau JPN di PKG Tokai. Seterusnya kumpulan ini akan melawat ke sekolah. Fasa II akan berlaku selepas peperiksaan pertengahan tahun pada bulan Julai. Pada Fasa II prestasi pelajar calon PMR di dalam peperiksaan pertengahan tahun akan dibincangkan dan dibandingkan antara unjuran (OTI) dengan pencapaian sebenar (AR). Fasa III pula adalah fasa yang terakhir dan berlaku selepas keputusan PMR sebenar diketahui. " Adakah program ini berjaya atau tidak " ?
Kejayaan bergantung kepada usaha dan kesungguhan semua warga SEMESTI dan sokongan dari ibubapa. Sekiranya kita melakukan dengan keazaman yang kuat dan cara yang betul, insyaallah semoga Allah mengurniakan akan kita kejayaan.
Terima kasih.
Terima kasih kepada semua warga semesti kerana anda terus berusaha dengan bersungguh-sungguh dan bekerja sebagai satu pasukan. Apabila aktiviti "kilauan ilmu " dilaksanakan pagi tadi semua guru mengambilnya sebagai suatu kerja yang serius. Masing-masing membawa buku catatan dan sekolah menjadi sepi. " We drops everything and reads -DEER -. Kita laksanakan dengan membawa bersama " jiwa yang besar ". " Itu kata Us Adnan.
Berada bersama dengan pelajar adalah pekerjaan kita. Dengannya kita dibayar oleh majikan. Di samping itu jangan lupa berdoa supaya Allah sempurnakan usaha murni ini dengan niat yang ikhlas untuk membantu anak-anak didik demi kesejahteraan mereka di masa depan. Semoga Allah terima cakapan kita, pergerakan kita dan sumbangan fikiran kita sebagai ibadah.
" What we have read today " ?. Kisah bapa yang menyelamatkan anaknya dari suatu mala petaka. Walaupun harta menjadi korban, tetapi jiwa anak tiada harganya.
SEMOGA KITA SEMUA KEKAL MENGASIHI MEREKA.
Pengetua smkstpendang 9 Feb, 2009.
Makes Reading a Fun Way
Assalamualaikum and hello to everyone there! Our school will launch the new programme titled Program Kilauan MInda 2009 involving the two main panels of our school that are Bahasa Melayu Panel and English Panel. The objectives of the programme are to instill the interest of the students to read any reading materials either in Bahasa Melayu or English materials. The other objective of the programme to get the students explore and make use of reading skills that they have to get extra knowledge from other sources of reading materials surrounding them. Next week , on Sunday will be a launching day by The Principal of SMK Sg Tiang as the pioneer for the project. Hopefully everybody will participate in the programme in order to make reading as a good habit in our lives.
Acara sukantara 2009 telah berlangsung seperti yang dijadualkan. Walaupun di dalam keadaan cuaca yang panas di waktu tengah hari peserta dari rumah -rumah sukan terus beraksi. Guru-guru telah melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh.
Read more...SEMESTI mengalu-alukan kedatangan puan . Semoga tempat yang dikosonglan oleh Pn Habsah bt Che Din diisi dengan penuh ceria, cekap dan berkesan. Kami WARGA SEMESTI percaya puan akan melaksanakan tugas di sini sebagai sebuah keluarga, ceria cekap dan berkesan.Pn Azizah telah pun mula bertugas minggu ini.
Read more...
"Sebagai seorang pelajar anda tentu sangat berhasrat untuk berjaya dengan cemerlang "kata Penolong Kanan, En.Bashori Abd. Rahim. Untuk itu , apa yang anda mesti lakukan adalah memberi tumpuan semasa guru mengajar. Minda dan perasaan anda mesti bersama guru. Dengar apa yang guru kata. Perhati apa yang guru tulis di papan hitam. Bertanya apabila anda tidak faham. Sila libatkan diri apabila guru minta anda melakukannya. Ingatlah , MINDA ANDA AKTIF, ANDA AKAN MENJADI PELAJAR YANG AKTIF . Sebaliknya jika minda anda lesu, fikiran anda bercelaru, lidah anda kelu, dan anda seorang pemalu di hadapan guru , maka PELAJARAN ANDA JADI TIADA HALA TUJU ........
© Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP