Monday, February 2, 2009

BIJAK BELAJAR- Beri tumpuan


"Sebagai seorang pelajar anda tentu sangat berhasrat untuk berjaya dengan cemerlang "kata Penolong Kanan, En.Bashori Abd. Rahim. Untuk itu , apa yang anda mesti lakukan adalah memberi tumpuan semasa guru mengajar. Minda dan perasaan anda mesti bersama guru. Dengar apa yang guru kata. Perhati apa yang guru tulis di papan hitam. Bertanya apabila anda tidak faham. Sila libatkan diri apabila guru minta anda melakukannya. Ingatlah , MINDA ANDA AKTIF, ANDA AKAN MENJADI PELAJAR YANG AKTIF . Sebaliknya jika minda anda lesu, fikiran anda bercelaru, lidah anda kelu, dan anda seorang pemalu di hadapan guru , maka PELAJARAN ANDA JADI TIADA HALA TUJU ........

0 comments:

Penafian

SMK Sungai Tiang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP