Saturday, January 10, 2009

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 2-AHAD 11JAN, 2009

UCAPAN PENGETUA - TN HJ MOHD KHIRRUDIN BIN IDERIS
* Tujuan Pelajar ke sekolah adalah untuk meningkatkan potensi diri masing-masing pada domain jasmani, emosi, rohani dan intelek serta semangat(JERIS). Oleh itu indicator kejayaan adalah sejauh mana domain tersebut berkembang dan diperkukuhkan.
* Kerja guru yang berkesan adalah apabila objektif ketika guru di dalam bilik darjah tercapai. Seorang guru seharusnya merangka dan mempersembahkan satu P&P yang menarik, melibatkan komunikasi iaitu hubungandua hala samada antara guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar.
* Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) adalah suatu keperluan. Kertas mahjung, kad imbas, model, kaedah simulasi ataupun penggunaan ICT adalah satu cara yang mudah untuk melibatkan pelajar berinteraksi. Bagaimanapun kaedah penggunaan ABM dan kemahiran pedagogi adalah penting untuk menghasilkan satu P&P yang berkesan.
* Hari ini saya akan memanggil dua orang guru iaitu Pn Latipah bt Abu Hassan dan Puan Suhaibah Abd. Rahman untuk menceritakan apa yang telah mereka lakukan pada minggu pertama.

0 comments:

Penafian

SMK Sungai Tiang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP