Thursday, January 29, 2009
Wednesday, January 21, 2009
MAJLIS PENYAMPAIAN INSENTIF KEPADA KELAB PELANCONGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH NEGERI KEDAH.


PERHIMPUNAN PAGI: HARI PAKAIAN UNIFORM SEMESTI
Pengetua dan PK.Koko Haa... bergaya pengetua


7.30 pagi , Pelajar berhimpun di dataran sekolah untuk mendapat maklumat terkini
4 PKSM 1
4 Peraturan & Disiplin Sekolah
4 Pakaian Unit Uniform
4 Guru kelas mengambil kedatangan pelajar.
MESYUARAT ASRAMA
20 Januari 2009
Mesyuarat Asrama telah berlangsung di bilik Wawasan Sekolah pada 2.40 petang. Dipengerusikan oleh Tn Pengetua.
n Langsir di bilik Bangunan Asrama Putera dan Puteri.
n Meja Bulat Dewan Makan Asrama.
n Adang Pintu Tandas Asrama Puteri.
n Program Kepimpinan Penghuni Asrama – Pendang Lake Resort.
Saturday, January 17, 2009
FORUM MAAL HIJRAH


17 Januari 2009
Pelajar-pelajar berkumpul di sekitar Taman Pendidikan Semesti (Tmn Firdaus) setelah tamat acara merentas desa untuk menghayati forum Maal Hijrah. Forum dipengerusikan Tn Hj Mohd Nazir bin Mahmud yang sememangnya petah berkata-kata. Barisan Panel ; Ustaz Abdul Ghani B Awang dan Ustaz Adenan B. Salleh(Jabatan Pendidikan Islam), Pn Nor Jannatun Bt Mohd Kamal (Unit Kaunseling) , Tn Hj Jamil B Adam (Jabatan Sains Dan Matematik).
ACARA MERENTAS DESA SMKST
17 Januari 2009
Senamrobik , acara memanaskan badan sebelum pertandingan merentas desa.
Arahan-arahan pertandingan serta keselamatan oleh En Mohd Fauzi B Abd. Kadir (S/U Sukan sekolah)
Laluannya di sekitar Felda Sungai Tiang.Peserta-peserta dilepaskan oleh Tn Pengetua di Padang sekolah.Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang Merentas Desa disempurnakan di Taman Pendidikan Semesti (Tmn Firdaus).
Pemenang
Kategori Lelaki
Johan: Mohd Lutfi Bin Sharib 5S2
Kedua:Muhammad Azri Hafiz Bin Ishak 5C
Ketiga:Muhamad Azri Aiman Bin Abdullah 4S
Kategori Perempuan
Johan: Nur Farhani Azlin Bt. Hamed 3B
Kedua: Azizah Binti Darus 4A
Ketiga:Nor Fahana Bt Rizuan 5A
Kedudukan Keseluruhan Rumah Sukan Acara Merentas Desa
Johan LAKSAMANA
Naib Johan SHAHBANDAR
Tempat Ketiga TEMENGGUNG
Tempat Keempat BENDAHARA
PROGRAM BUBUR ASYURA


17 Januari 2009
7.45 pagi , sekitar tempat letak kenderaan berbumbung.Sebaik pelajar berkumpul di padang sekolah untuk perhimpunan pagi dan acara merentas desa , guru-guru serta pembantu rancak menyedia alat dan bahan masak bubur asyura.Bubur Asyura diedarkan kepada semua warga sekolah disekitar 12.30 tengahari.
Thursday, January 15, 2009
PROGRAM MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN 3
15 Januari 2009
Bertempat di Dewan Cempaka Asrama Sekolah telah diadakan Program Motivasi kepada pelajar tingkatan 3.Program bermula 8.00 pagi hingga 1.30 tengahari. Pengisian program telah dilaksanakan oleh Kaunselor sekolah , Ustaz Mohamad bin Saad serta fasilitator- fasilitator jemputan dan dibantu guru-guru SEMESTI.
PERJUMPAAN WARIS TINGKATAN 3- PELAJAR CEMERLANG 3K1, 3K2, 3A
15 Januari 2009
TAMAN PENDIDIKAN SEMESTI (TMN FIRDAUS) bersebelahan surau sekolah.
11.45 pagi , Majlis dimulakan dengan Ucapan Tuan Hj Mohd Khirrudin Bin Ideris , Pengetua SEMESTI.
Ceramah Motivasi kepada para waris telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad bin Saad (pelajar sarjana(Kaunseling),UUM Kedah).
PEMANTAUAN PEGAWAI JPN KEDAH KE ATAS UNIT HEM DAN KOKURIKULUM
15 Januari 2009
SEMESTI telah dilawati En Amran bin Zakaria , Penolong Pengarah Unit PPDa JPN Kedah mulai jam 8.40 pagi. Beliau telah melawat dan memantau kawasan sekolah termasuk bilik kaunseling , SPBT , Padang sekolah , Cafeteria dan Asrama SEMESTI.
Monday, January 12, 2009
WARKAH DARI PK PENTADBIRAN
Perubahan Jadual Waktu Sessi Pagi 2009 akan berkuatkuasa mulai 18/1/2009 (AHAD). Selamat menjalankan tugas. Selamat datang dan berkhidmat kepada En Low Han Sen ke SMK Sungai Tiang mulai 12/1/2009.
Read more...Sunday, January 11, 2009
Mesyuarat Merentas Desa dan Asyura
Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut
Tarikh 13 Januari 2009
Hari Selasa
Masa 2 petang
Tempat Makmal ICT
Kehadiran Semua guru
Saturday, January 10, 2009
PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 2-AHAD 11JAN, 2009
UCAPAN PENGETUA - TN HJ MOHD KHIRRUDIN BIN IDERIS
* Tujuan Pelajar ke sekolah adalah untuk meningkatkan potensi diri masing-masing pada domain jasmani, emosi, rohani dan intelek serta semangat(JERIS). Oleh itu indicator kejayaan adalah sejauh mana domain tersebut berkembang dan diperkukuhkan.
* Kerja guru yang berkesan adalah apabila objektif ketika guru di dalam bilik darjah tercapai. Seorang guru seharusnya merangka dan mempersembahkan satu P&P yang menarik, melibatkan komunikasi iaitu hubungandua hala samada antara guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar.
* Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) adalah suatu keperluan. Kertas mahjung, kad imbas, model, kaedah simulasi ataupun penggunaan ICT adalah satu cara yang mudah untuk melibatkan pelajar berinteraksi. Bagaimanapun kaedah penggunaan ABM dan kemahiran pedagogi adalah penting untuk menghasilkan satu P&P yang berkesan.
* Hari ini saya akan memanggil dua orang guru iaitu Pn Latipah bt Abu Hassan dan Puan Suhaibah Abd. Rahman untuk menceritakan apa yang telah mereka lakukan pada minggu pertama.
Thursday, January 8, 2009
Wednesday, January 7, 2009
Jadual Waktu Sekolah 2009
Sila klik di sini untuk melihat jadual waktu sekolah sesi 2009
Read more...Sunday, January 4, 2009
Pemantauan KPM ppsat - buka sekolah
SEMESTI telah dilawati oleh ENCIK kamarul zaman bin Bakar penolong pegawai pelajaran daerah pendang mulai jam 7.30 hingga 12.00 tengahhari. Beliau menghadiri sessi perhimpunan pagi AHAD.
Read more...Saturday, January 3, 2009
Sesi persekolah 2009 bermula
hari ini bermulalah sesi persekolahan 2009 di smk sungai tiang